Covid-19 : Jumlah kluster baharu meningkat hari ini

155

26 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan telah mengesan 11 kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang telah dikesan sebanyak 483 kluster.

Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, kluster tempat kerja itu melibat Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Kelantan,Pulau Pinang dan Pahang.

“Kluster yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah  Kluster Tapa Bina Jaan Seng di daerah Titiwangsa. Kluster Plastik Subang dan Kluster Jalan Asam pula melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor.

“Di Pulau Pinang pula, KKM mengesan Kluster Lis Putih yang melibatkan daerah Barat Daya dan Kluster Sentosa Residensi melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya,Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

“Manakala Kuster Pagar Siput melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kluster Sungai Redan melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi di Johor.

“Di Kelantan pula, Kluster Halban melibatkan daerah Kota Bharu dan Kluster Seragam Chepa melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat,” jelasnya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Manakala di negeri Pahang, terdapat dua kluster baharu iaitu Kluster Pagar Bentong yang melibatkan daerah Bentong dan Kluster Semambu yang melibatkan daerah Kuantan, jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.