4 kluster baharu dikesan libatkan empat negeri

63

25 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan 4 lagi kluster tempat kerja baharu menjadikan keseluruhan kluster yang dikesan sepanjang pandemik berjumlah 472 kluster.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu melibatkan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah dan juga Pulau Pinang,

“Kluster Cassia Diamond melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Gombak termasuk di daerah Barat Daya Pulau Pinang.

“Manakala Kluster Pompod pula melibatkan daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah. Kluster Tapak Bina Kiara pula melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur dan Kluster Tapak Bina Perkara pula melibatkan daerah Cheras,” ujarnya dalam kenyataan media harian Covid-19 hari ini.

Setakat ini menurut beliau, sebanyak 268 kluster telah ditamatkan termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Gajah, Kluster Penjara Jalan Harapan, dan Kluster Puncak Galaksi,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.