Tarik minat belia luar bandar serta rancangan FELCRA

200

24 DIS: Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan belia khususnya di kawasan luar bandar untuk menjadi peserta rancangan FELCRA.

Ketua Peserta Pahang, Datuk Rodizuan Zaaba berkata, tumpuan harus diberikan kepada generasi itu kerana kebanyakan yang menetap di kampung akan mewarisi kerja-kerja dari keluarganya dan jika menjadi peserta FELCRA, pastinya akan memberi lebih manfaat yang positif kepada mereka.

“Ada peserta FELCRA yang masuk dalam Karnival Usahawan Desa ([email protected]) yang telah berjaya seperti contoh di Pahang dua tahun lepas, ada seorang peserta mendapat Anugerah Dana sebanyak RM700,000 yang beliau memiliki sangkar-sangkar ikan.

Felcra
RODIZUAN ZAABA

“Saya bersyukur kerana FELCRA sentiasa prihatin kepada peserta generasi kedua dan sentiasa melakukan perubahan bagi mencari apa yang boleh menambah lagi pendapatan kepada peserta. Banyak perkara boleh untuk menarik belia namun dengan syarat kerajaan kena sokong, insya-Allah, akan berjaya,” katanya yang juga merupakan Ketua Bahagian Eksekutif FELCRA.

Beliau berkata demikian kepada PN BBC Portal ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Interim Keuntungan Boleh Agih 2/2020 dan Penyampaian Bantuan Sara Hidup B40 di Wisma FELCRA, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang telah mengagihkan keuntungan interim 2/2020 berjumlah RM49. 57 juta kepada 54,351 pesertanya di seluruh negara bermula 28 Disember ini.

Dalam pada itu, Ketua Peserta Negeri Sembilan, Datuk Mohd Nasir Baba memberitahu, bayaran itu bukan sahaja mampu memberi sedikit kelegaan kepada peserta khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19, malah dapat merapatkan hubungan di antara pihak pengurusan dan peserta FELCRA.

Tambah beliau, kerajaan menerusi FELCRA diharapkan dapat menyuntik dana yang lebih banyak kepada syarikat milik kerajaan itu setaraf dengan FELDA di samping melakukan kajian teliti terhadap tanah peserta agar tidak tersalah menanam hasil pertanian yang tidak menguntungkan mereka.

Felcra
MOHD NASIR BABA

“Saya bersetuju dan gembira dengan kenyataan untuk memperbetulkan semula FELCRA kerana sebagai bekas CEO FELCRA, bukan senang untuk kita mentadbirnya seperti FELDA kerana demografi tanahnya yang berbukit-bukit dan peserta hanya memiliki tiga hektar tanah sahaja.

“Selain itu, yang penting, di antara projek tanaman semula, kita lihat ada rugi yang sekarang ini kebanyakan penerima yang untung dari hasil sawit. Strategi FELCRA mesti lihat balik kawasan untuk tanaman yang sesuai,” jelasnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.