Polis Thai tahan warga Malaysia terlibat sindiket judi

104

24 DIS : Seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand kerana disyaki menjalankan sindiket perjudian dalam talian di Aranyaprathet, sempadan Thailand-Kemboja, hari ini.

Polis Thai menyerbu dua buah rumah sewa dan menahan 10 lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia berusia 33 tahun dan sembilan warga Thai, di Wilayah Sa Kaeo, di bahagian timur negara ini pada 17 Disember lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Bahagian Imigresen 3, Kolonel Ratchapong Tiasoot, serbuan dibuat selepas mendapat maklumat.

“Sebanyak 500,000 baht (RM67,477) wang tunai, sebuah kereta mewah, komputer dan telefon dirampas selain penemuan 22 akaun bank milik suspek warga Malaysia.

“Suspek berusia 33 tahun mengaku dia menjalankan perjudian dalam talian termasuk loteri haram, baccarat, slot dan juga pertaruhan bola sepak,” katanya pada sidang media hari ini.

Suspek juga mengaku bahawa dia mengalihkan operasi perjudian dalam talian dari Kemboja ke Thailand pada Februari lalu berikutan penularan wabak Covid-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.