Kit Siang, Guan Eng mesti berundur dari DAP

499

23 DIS: Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng digesa untuk berundur dari kepimpinan parti itu setelah sekian lama mereka berkuasa.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Datuk Teng Chang Khim dalam wawancara bersama Nanyang Siang Pau berkata, Kit Siang dan Guan Eng patut mengikut jejak langkahnya yang akan bersara dari politik.

Menurut beliau, mereka seharusnya memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin generasi muda untuk mengetuai DAP setelah dibayangi oleh Kit Siang sejak 1960-an.

Teng Chang Khim
TENG CHANG KHIM

“DAP sudah mencapai zaman puncak dan sudah tiba masa untuk mereka menyerahkan kepada orang lain untuk meneruskan perlumbaan seterusnya,” katanya seperti dipetik daripada laporan Malaysia Gazette hari ini.

Chang Khim menambah, oleh kerana Guan Eng dan bapanya telah terlalu lama berkuasa, banyak perkara telah menjadi ‘kebiasaan’ dalam parti itu.

Sebagai contoh, beliau memberitahu, Guan Eng telah menyandang jawatan Setiausaha Agung melebihi sembilan tahun walaupun Perlembagaan DAP menetapkan jawatan itu hanya boleh dipegang oleh orang yang sama tidak melebihi tiga penggal.

Chang Khim menjelaskan, situasi itu berlaku apabila pemilihan DAP terpaksa ditunda beberapa kali kerana bertembung dengan pilihan raya umum.

Awal bulan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang itu mengumumkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan tempatkan dalam CEC DAP yang telah dianggotainya sejak 24 tahun lalu.

Beliau juga pernah mendedahkan bahawa keputusan itu turut didorong oleh beberapa faktor termasuk ‘keletihan menjadi pembangkang tunggal dalam DAP’.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.