Dewan Negara, Suhakam bincang isu hak asasi

78

23 DIS: Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Dewan Negara akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi membincangkan isu berhubung persoalan hak asasi manusia.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, dapatan daripada perbincangan tersebut akan dibawa ke persidangan Dewan Negara pada sesi akan datang untuk dipertimbangkan pihak kerajaan.

“Aspek yang menjadi perhatian ialah pemerkasaan terhadap Suhakam, isu pemerdagangan manusia, pengeksplotasian wanita dan kanak-kanak serta hak asasi yang meliputi semua komuniti di negara ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Rais menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suhakam, Tan Sri Othman Hashim serta Pesuruhjayanya, Datuk Lok Yim Pheng, Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan Jerald Joseph. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.