Bayaran pertama i-Sinar bermula 11 Januari 2021

3,473

23 DIS : Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran pertama pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan disalurkan ke akaun pencarum yang layak bermula pada 11 Januari 2021.

Tengku Zafrul berkata, mereka yang layak dan mempunyai maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP, sistem akan memberikan kelulusan secara automatik dan keputusan akan diketahui pada 4 Januari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bagi mereka yang layak dan maklumat tersedia di dalam pangkalan data KWSP, sistem akan memberi kelulusan secara automatik dengan keputusan pertama akan diketahui pada 4 Januari 2021.

“Bersabarlah sementara KWSP memproses permohonan yang diterima. InsyaAllah, bayaran pertama akan dibuat pada 11 Januari 2021. Keputusan permohonan bagi mereka yang ada data di dalam KWSP, akan diketahui 4 Januari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di dalam laporan Laksana ke-34 hari ini.

Kerajaan ujarnya berharap, agar inisiatif bantuan ini dapat mengurangkan beban aliran tunai rakyat seperti perbelanjaan permulaan persekolahan dan isi rumah.

“Selain skim khas KWSP itu, terdapat juga inisiatif penyaluran geran khas PRIHATIN (GKP 2.0) bagi rayuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lulus, di samping pelbagai program seperti subsidi upah, geran, pembiayaan, pinjaman mudah dan pelepasan cukai,” katanya lagi.

Pengeluaran i-Sinar KWSP merangkumi dua kategori kriteria kelayakan pemohon yang membabitkan seramai lapan juta pencarum.

Bagi pemohon yang tergolong dalam kategori 1, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my.

Kriteria permohonan bagi kategori 1 membabitkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Selain itu, ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020 turut boleh mengemukakan permohonan dalam kategori ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.