119 wartawan terbunuh di Mexico sejak tahun 2000

99

23 DIS : Mexico menjadi negara paling berbahaya untuk petugas media di mana seramai 119 wartawan telah dibunuh ketika membuat liputan berita di negara tersebut sejak tahun 2000.

Lapor agensi Anadolu, pada tahun ini sahaja, seramai lapan orang petugas media telah dibunuh.

Angka itu menjadikan Mexico negara teratas paling berbahaya buat petugas media selepas Afghanistan dan Filipina.

Kebanyakan wartawan yang dibunuh adalah terdiri di kalangan mereka yang melaporkan isu-isu rasuah pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang.

Kes-kes pembunuhan wartawan ini turut melibatkan orang besar kerajaan seperti seorang bekas gabenor, Hugo Amed Schulz telah ditahan kerana bersubahat dalam satu kes pembunuhan kejam seorang wartawan bernama Miroslava Breach di Chihuahua utara Mexico minggu lalu.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, berikrar untuk menamatkan keganasan terhadap wartawan sejak hari pertama memegang jawatan.

Bagaimanapun, kekurangan usaha politik bagi menghapuskan tindakan membalas dendam terhadap media itu telah mencemari pemerintahannya.

Lebih malang lagi, apabila Obrador turut terbabit melakukan serangan langsung terhadap beberapa anggota media, malah menggelar petugas media sebagai penghasut dan anggota parti politik pembangkang.

Dalam usaha merungkai kes-kes pembunuhan wartawan di negara tersebut, rangkaian jurnal global, Forbidden Stories, melancarkan siri penyiasatan, ‘Projek Kartel’, yang membuat liputan terhadap rangkaian kartel dadah Mexico dan hubungan mereka dengan ahli politik di dunia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.