MAIWP agih RM623.66 juta wang zakat

45

22 DIS : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sebanyak RM623,66 juta wang zakat telah disalurkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada golongan asnaf sejak dari Januari sehingga November tahun ini.

Menurutnya, wang zakat berkenaan diagihkan menerusi pelbagai skim bantuan, institusi pendidikan serta perlindungan dan prasarana umat Islam di Wilayah Persekutuan.

“Seramai 3,500 penerima bantuan berkenaan setiap bulan menggunakan peruntukan hasil sumber am membabitkan jumlah sebanyak RM4.51 juta. Selain itu, MAIWP juga membantu asnaf dan golongan terjejas menerusi agihan beras dan makanan.

“Bermula tahun depan, penerima bantuan kewangan MAIWP akan menerima barangan keperluan asas melalui kedai atau pasar raya terpilih sebagai panel pembekal di setiap Parlimen secara tanpa tunai, sebaliknya menggunakan kad yang dibekalkan untuk melakukan pembayaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penyampaian sumbangan barangan makanan MAIWP di Madrasah Raudhatul Muttaqin, Sentul di sini, hari ini.

Sebanyak 26,000 asnaf menerima manfaat daripada pelaksanaan kaedah berkenaan membabitkan peruntukan RM93.6 juta bagi tempoh dua tahun, jelasnya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.