8 lagi kluster baharu dikesan libatkan 5 negeri

90

22 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Johor dan Perak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, Kluster Pasar Baru, Kluster Bukit Naga, melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat di Selangor.

“Manakala Kluster Tapak Bina Residen, Kluster Tapak Bina Kasih, Kluster Tapak Bina Sinar View pula melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kluster Paginatan pula melibatkan daerah Ranau dan Kota Belud di Sabah. Kluster Tampoi Jaya melibatkan Johor Bahru dan Kluster Rapat melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Residen sebanyak 294 kes, Kluster Pasar Baru sebanyak 270 kes dan Kluster Seruling sebanyak 221 kes, katanya lagi.

“Daripada 459 kluster yang dikesan sepanjang pandemik termasuk 8 yang baharu, sebanyak 253 kluster telah tamat termasuk tiga kluster hari ini iaitu Kluster Summer, Kluster Kota Kecil, dan Kluster Tenaga.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 206 kluster,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.