Rejim Zionis robohkan rumah rakyat Palestin

68

21 DIS: Sebuah rumah rakyat Palestin di bandar Qalansuwa dirobohkan oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel tengah malam tadi.

Memetik laporan Palestinian Information Center, mereka memberi alasan kononnya bangunan itu didirikan tanpa permit.

Polis rejim Zionis turut menyekat kawasan tersebut sebelum rumah itu dirobohkan dengan menggunakan sebuah jentolak.

Mereka juga merobohkan dua lagi rumah rakyat Palestin di bandar Kafr Qasim.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.