Pekerja asing wajib jalani ujian saringan Covid-19

153

12 DIS : Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, semua majikan diwajibkan untuk menjalan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja asing yang bekerja di syarikat masing-masing.

Katanya, ini untuk memastikan setiap pekerja asing yang digajikan bebas daripada jangkitan Covid-19 bagi menangani penularan virus tersebut.

“Kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan.

“Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ujian saringan boleh dibuat di klinik yang telah dilantik oleh Perkeso.

“Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya berkata,  mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.