LHDN cawangan Bangi tutup sementara, kerja sanitasi

385

21 DIS: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Bangi ditutup sementara hari ini sehingga suatu tarikh akan dimaklumkan bagi memberi laluan kepada kerja sanitasi.

Turut ditutup operasi hari ini ialah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian yang beroperasi di Menara Hasil Bangi.

Susulan itu, LHDN dalam kenyataan menyarankan pembayar cukai melakukan urusan percukaian secara dalam talian sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara) bagi pembayar cukai di luar negara.

“Pembayar cukai juga boleh berhubung menerusi HASiL Live Chat dan mengisi Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.