8 kluster baharu, 6 kluster tamat hari ini

113

12 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan negeri Selangor, Labuan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, lapan kluster baharu itu ialah Kluster Pekapuri, Kluster Batu Besar, Kluster Tower, Kluster Tapak Bina Pelangi, Kluster Wawasan, Kluster Delima,Kluster J Bandar, dadn Kluster May Indah.

“Kluster Pekapuri, Kluster Batu Besar, Kluster Tower, Kluster Wawasan melibatkan daerah Gombak, Klang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Lembah Pantai dan Wilayah Putrajaya di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Manakala Kluster Tapak Bina Pelangi pula melibat daerah Kepong, Kuala Lumpur. Kluster Delima pula melibatkan daerah Titiwangsa, Gombak dan Hulu Langat.

“Kludter J Bandar pula melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Kluster May Indah melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan media perkembangan harian Covid-19 hari ini.

Sehingga 21 Dis menurut beliau, sebanyak 250 kluster telah ditamatkan termasuk enam kluster hari ini iaitu iaitu Kluster Teja Kasih, Kluster Permatang, Kluster Kejora, Kluster Bayan, Kluster Numbak dan Kluster Danau.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 201 kluster. Sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (507 kes), Kluster Tembok Gajah sebanyak 234 kes dan Kluster Pekapuri sebanyak 202 kes,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.