Hospital terbakar, 10 pesakit COVID-19 terbunuh

209

20 DIS: Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada letupan tangki oksigen di sebuah hospital di Gaziantep, Turki menyebabkan sekurang-kurangnya 10 pesakit COVID-19 terkorban.

Memetik laporan AFP, Kementerian Kesihatan Turki berkata, insiden berlaku di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Kami amat berduka cita atas kejadian ini,” kata Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca, sebelum melawat lokasi kejadian.

Semua mangsa disahkan pesakit COVID-19.

Pesakit-pesakit lain yang terjejas akibat kejadian itu dipindahkan segera ke hospital berdekatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.