1,340 kes baharu COVID-19, 4 pesakit meninggal dunia

180

20 DIS: Sebanyak 1,340 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 93,309 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 437 kes iaitu 0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut beliau, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah jumlah kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 15, 563 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,337 kes.

“Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 441 kes (32.9 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 284 kes (21.2 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 196 kes (14.6 peratus).

“Sebanyak 134 kes (10.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (58 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes),” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak terdapat 1,067 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 di negara ini sebanyak 77,309 kes atau 82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambah beliau, sehingga kini, terdapat 116 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.