YADIM Bantah Penganjuran Mrs/Miss World Malaysia

124

19 DIS : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menghantar memo bantahan secara rasmi kepada penganjur Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 Isnin ini untuk menyatakan bantahan terhadap penganjuran program tersebut.

Menurut Nasrudin Hassan, selain daripada pengajur, YADIM juga akan menghantar memo bantahan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung program yang akan diadakan pada 2 Jan tahun depan di sebuah hotel di ibu negara.

“Dalam keadaan pandemik COVID-19, sebarang bentuk perhimpunan tidak mendesak harus dielakkan kerana berisiko menularkan jangkitan virus itu walaupun jaminan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah diberikan,”

“Tambahan lagi, program itu bersifat eksploitasi terhadap wanita dan bersifat penyuburan kepada budaya hedonistik oleh tamadun yang telah pupus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata,YADIM turut menyeru kerajaan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan program itu tidak dilaksanakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.