PKPD di Jasin akan dibincangkan dalam mesyuarat MKN

78

19 DIS : Keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Jasin akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurut beliau, PKPD di satu-satu kawasan hanya akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang perlu terlebih dahulu membuat penilaian risiko di kawasan berkenaan.

“Kita akan bincang cadangan ini pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Isnin ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) ke-27 hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam bahawa kerajaan negeri Melaka bercadanguntuk melaksanakan PKPD di kawasan tersebut.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dalam perkembangan lain berkata, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada Januari, akan dihadiri satu perempat ahli bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah yang masih lagi di bawah pelaksanaan di bawah PKPB, Ismail

“Mungkin kita akan bincang tentang tiga negeri ini bagaimana untuk melaksanakan mesyuarat secara fizikal. Yang lain-lain kita akan mulakan pada 1 Jan,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.