Nigeria Berhasrat Hasilkan Vaksin Covid-19

48

19 DIS : Nigeria berhasrat untuk menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri yang akan mematuhi piawaian global dalam masa terdekat, demikian menurut Ketua Pengarah Agensi Kebangsaan Pentadbiran dan Kawalan Makanan serta Ubat-ubatan (NAFDAC), Mojisola Adeyeye.

Kenyatan beliau yang dilaporkan melalui laman berita The Nation menjelaskan, Nigeria kini sedang meningkatkan tahap kemampuan makmal kepada standard antarabangsa yang diperakui ISO 17025.

“Dengan berpandukan tanda aras global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan amalan terbaik antarabangsa, kami akan mencapai kemampuan penuh tahap tiga bagi membolehkan Nigeria menghasilkan vaksin sendiri.

“Kami sedang meningkatkan tahap kemampuan makmal kepada standard antarabangsa menggunakan peralatan yang diperakui ISO 17025. Makmal NAFDAC juga sedang menjalani perubahan termasuk menambah baik peralatan dan bekalan baharu,” katanya.

Nigeria mensasarkan menghasilkan vaksin itu sebanyak 70 peratus bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import, jelas Adeyey lagi.

Beliau berkata, NAFDAC adalah peneraju di Afrika dalam memastikan vaksin COVID-19 boleh mengesan dan mengenalpasti pesakit serta memantau tindak balas atau kesan dalam jangka masa panjang.

Berdasarkan kajian dijalankan Pusat Kebangsaan bagi Maklumat Bioteknologi pada 2019, selain Nigeria, negara lain seperti India dan Thailand turut memberi tumpuan menghasilkan pelbagai vaksin versi tempatan.

Populasi di benua Afrika yang menyumbang 17 peratus penduduk dunia dilaporkan merekodkan kes kematian tertinggi akibat penyakit berjangkit.

Menurut kajian, negara benua itu tidak dapat menghasilkan vaksin yang dianggap penting untuk mengurangkan kematian dan meningkatkan jangka hayat serta mendorong pertubuhan ekonomi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.