MN Setuju Jemput Bersatu Bincang Agihan Kerusi PRU

179

19 DIS: Jawatankuasa Perundingan Kerusi Muafakat Nasional (MN) membuat keputusan untuk menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk berbincangan mengenai pengagihan kerusi dalam Pilihanraya Umum ke 15 akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut yang beliau pengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Dalam mesyuarat terakhir minggu lepas yang saya pengerusikan bersama Datuk Seri Mohamad Hasan, kita bersetuju untuk menjemput Bersatu untuk turut serta berada dalam jawatankuasa pengagihan kerusi supaya perundingan itu melibatkan tiga parti.

“Insya-Allah, perbincangan Pas dan UMNO sangat positif mengenai pengagihan kerusi dan akan selesai sedikit masa lagi,” ujarnya,

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Kota Bahru hari ini.

Kata beliau lagi, perbincangan bersama dalam MN setakat ini amat positif dalam usaha untuk mencari penyelesaian supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN) dan MN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.