Kesetiaan Tun Rahah kepada negara,keluarga sentiasa dikenang

95

19 DIS : Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyifatkan Tun Rahah Mohamed Noah sebagai sumber kekuatan, keberanian dan inspirasi keluarganya serta seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, Allahyarhamah sentiasa berdiri teguh di sisi suaminya, Tun Abdul Razak Hussein, semasa beliau mengemudi Malaysia terutama pada waktu-waktu yang kritikal dalam sejarah negara itu.

“Kami amat berdukacita dengan pemergian Tun Rahah. Ingatan dan doa kami sentiasa bersama dengan keluarga Allahyarhamah serta rakyat Malaysia sepanjang tempoh berkabung ini.

“Allahyarhamah akan dikenang kerana kesetiaannya kepada negara dan keluarga,”ujarnya dalam satu kenyataan di facebook rasminya.

Tun Rahah, 87, yang merupakan isteri Perdana Menteri kedua Malaysia, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court di sini petang semalam.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan bersebelahan pusara kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah, yang juga ibu Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, di Lingkaran Makam Pahlawan Masjid Negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.