1153 kes baharu, Selangor kekal penyumbang tertinggi

95

19 DIS : Malaysia merekodkan kes harian baharu jangkitan Covid-19 hari ini sebanyak sebanyak 1,153 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 91,969 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,294 kes.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,151 kes.

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes bersamaan34.8 peratus. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 281 kes bersamaan 24.4 peratus dan Sabah yang melaporkan sebanyak 199 kes bersamaan 7.3 peratus.

“Sebanyak 176 kes iaitu bersamaan 15.3 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan sebanyak 96 kes dan Kluster Tembok sebanyak 80 kes,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Sehingga kini, terdapat 112 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita KMM memaklumkan terdapat pertambahan satu kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 433 kes bersamaan 0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Manakala bilangan kes sembuh COVID-19 hari ini adalah sebanyak 998 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 76,242 kes bersamaan 82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya lagi.  

Get real time updates directly on you device, subscribe now.