Permaisuri Agong cemar duli ziarah jenazah Tun Rahah

229

18 DIS :  Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah hari ini mencemar duli berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah  Tun Rahah di kediamannya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Seri Najib  Razak menerusi facebook rasminya  sebentar tadi.

“Patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas perkenan mencemar duli berangkat menziarahi jenazah Allahyarhamah bonda patik di kediaman sebentar tadi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.