Fibroid saiz bola tampar punca pinggang membesar

71

18 DIS: Seorang wanita tidak menyangka ketumbuhan sebesar bola tampar menjadi punca saiz pinggangnya semakin besar.

Mujurlah sekumpulan doktor di Hospital Renji, Shanghai menyedari keadaan tidak normal yang dialami wanita berumur 44 tahun yang berasal dari Wilayah Zhejiang itu.

Pada mulanya, pemeriksaan di sebuah hospital tempatan bulan lalu menemukan ketulan kecil pada bahagian pinggangnya.

Kemudian dia mendapatkan pandangan pakar di Hospital Renji dan Dr Zhu Jie memutuskan wanita itu perlu dibedah,

Ketumbuhan itu telah mengakibatkan pertindihan pada salur darah utama.

Dr Zhu Jie berkata, pembedahan itu agak berisiko kerana kesilapan boleh menyebabkan pendarahan.

Akhirnya, doktor berjaya mengeluarkan ketumbuhan bersaiz 22 sentimeter dan berat lebih 4.7 kilogram setelah pembedahan selama 90 minit selesai.

Seperti yang dijelaskan oleh Naib Presiden Hospital Renji, Dr Di Wen, ketumbuhan itu adalah sejenis fibroid yang tidak berbahaya dan boleh dialami kira-kira 80 peratus wanita di dunia.

Namun, ketumbuhan sebesar bola tampar itu agak jarang ditemukan justeru beliau mengesyorkan pemeriksaan berkala dilakukan bagi mengesan perubahan fizikal tubuh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.