29 petugas kesihatan Hospital Serdang positif Covid-19

200

18 DIS : Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan berlakunya jangkitan COVID-19 di kalangan petugas kesihatan di Hospital Serdang.

“Buat masa ini jangkitan ini melibatkan 29 orang petugas perubatan dan termasuk 28 pesakit, di mana kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.

“Siasatan oleh pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Hospital Serdang telah dapat mengenalpasti punca jangkitan dan tindakan kawalan telah dilaksanakan serta merta bagi membendung penularan jangkitan ini.

“Bagaimanapun pengurusan rawatan pesakit di Hospital Serdang masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal.

Mengulas berhubung situasi petugas kesihatan positif Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pula, Tan Sri Noor Hisham memaklumkan bahawa kesemua petugas yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh berada dalam keadaan stabil.

“Pihak HTAR dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang giat bekerjasama dalam menyiasat punca jangkitan dan mengenalpasti kontak rapat kepada kes serta melakukan aktiviti-aktiviti saringan.

“Sehingga hari ini, terdapat seramai 72 petugas HTAR sedang menjalani perintah HSO.

“Operasi pembersihan dan disinfeksi persekitaran telah dilakukan di HTAR dan akan diteruskan secara berkala. Situasi semasa di HTAR ini adalah dalam keadaan yang terkawal dan perkhidmatan di hospital ini masih diteruskan seperti biasa,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.