Tabung Haji wujudkan perkhidmatan deposit wang secara talian

60

17 DIS: Lembaga Tabung Haji (TH) mewujudkan perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara talian dengan kerjasama Pos Malaysia melalui laman sesawang  www.posonline.com.my.

“Langkah itu sejajar dengan usaha pihaknya dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan untuk kemudahan ahli.

“Perkhidmatan ini memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (Compliance Due Diligence) dipenuhi sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, segala urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan mulai 2 Januari depan.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 serta melalui e-mel kepada [email protected]

Get real time updates directly on you device, subscribe now.