Polis tahan penceramah bebas disyaki mencabul

223

17 DIS : Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan pihaknya menahan seorang penceramah bebas kerana disyaki mencabul seorang lelaki di sini semalam.

Dalam siasatan awal,kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi di sebuah hotel setelah mangsa yang juga merupakan seorang ahli perniagaan keluar makan malam bersama suspek.

Shafien berkata, suspek yang juga merupakan seorang guru agama di sebuah madrasah di Machang ditahan kira-kira jam 3 petang semalam.

“Berdasarkan aduan mangsa, sebelum kejadian, suspek telah menghubunginya dan mengajak mangsa keluar minum bersama. Semasa berada di tempat kejadian, suspek didakwa bertindak mencium pipi dan melakukan perbuatan kelucahan yang melampau terhadap mangsa.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis sejurus kejadian dan mendapatkan rawatan lanjut di hospital,” katanya.

Kes tersebut menurut beliau akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.