Covid-19 : 1220 kes baharu, 3 kes kematian dilaporkan

127

17 DIS : Malaysia hari ini merekodkan sebanyak 1,220 kes harian baharu positif Covid-menjadikan jumlah kes posotif Covid-19 di negara ini meningkat sebanyak 89,133 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,671 kes. Manakala, bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,297 kesmenjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 74,030 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.

“Selangor hari ini melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus).

“Sebanyak 135 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes),” ujarnya.

Sehingga kini, menurut beliau, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga dengan dukacita memaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 432 kes (0.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.