Usul had tempoh jawatan MB ke persidangan DUN

91

16 DIS : Kerajaan Negeri Sembilan akan membawa usul mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan menteri besar dihadkan kepada dua penggal seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, usul tersebut akan dibawa dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang dan dipersetujui pada mesyuarat kerajaan negeri.

“Jadi kami kena akur dengan perkara ini  dan ia telah dipersetujui dalam mesyuarat EXCO dan seterusnya sidang DUN, kami akan pastikan ia menjadi sebahagian Rang Undang-Undang (RUU) atau undang-undang enakmen bagi kerajaan Negeri Sembilan.

“Kami akan minta pegawai undang-undang menyiapkan usul tersebut sebelum diserahkan kepada jawatankuasa perlembagaan DUN untuk diteliti,” katanya di satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri.

Tambah beliau, jawatan itu terbuka kepada mana-mana parti seperti yang akan diluluskan dalam sidang DUN kelak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.