KKM akan siasat dakwaan pemalsuan ujian Covid-19

88

16 Dis : Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat kes keputusan ujian COVID-19 dipalsukan seperti yang didakwa oleh sebuah klinik swasta di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Menurut beliau, KKM akan bekerjasama rapat dengan pihak polis dan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan isu tersebut disiasat dan diselesaikan.

“Perbuatan memalsukan keputusan COVID-19 merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sebelum menggunakan akta lain bagi tindakan lanjut.

“Makmal-makmal swasta yang digunakan oleh KKM akan  sentiasa memastikan pemeriksaan audit dan audit berkala bagi memastikan ujian yang dijalankan itu menepati standard.

“KKM juga dapat menggunakan Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) untuk kita mengenal pasti kes kalau ada kes yang dipalsukan,” ujarnya  pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.