Gempa bumi 5.9 skala Richter landa Mindanao

62

16 DIS: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.9 skala Richter telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.22 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, kejadian dikesan di koordinat 5.1° Utara dan 125.2° Timur, pada jarak 158 kilometer Selatan dari Koronadal City.

Walau bagaimanapun, gempa bumi tersebut tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.