Cukup-cukuplah main politik, Shahar tegur Wong Chen

577

16 DIS: Gara-gara masih cuba bermain politik dan mempersoalkan unjuran hasil dan pertumbuhan ekonomi negara ditetapkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang sudah dilulus peringkat bacaan kali ketiga, semalam, Ahli Parlimen PH Subang, Wong Chen ‘disekolahkan’ oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah.

Shahar berkata, unjuran hasil adalah keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan yang berkadaran dengan prestasi ekonomi negara.

Beliau berkata, Belanjawan 2021 adalah sebahagian daripada enam pakej rangsang yang dirancang kerajaan bagi memulihkan semula ekonomi negara mulai tahun depan.

“Sebelum ini kerajaan sudah membelanjakan RM305 bilion bagi melancarkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi termasuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PENJANA PKS dan sebagainya.

“Pemulihan ekonomi negara bukan hanya bergantung kepada pemintaan dalaman atau luaran tetapi juga kepada persepsi dibuat pihak berkepentingan untuk mempolitikan ekonomi negara.

“Kalau YB mengakui ekonomi negara yang mengucup 17.1 peratus pada suku kedua dan akhirnya kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 2.7 peratus walaupun agak ‘slow’.

“Ini kerana kita melihat banyak aspek. Seperti apa yang dikatakan oleh YB Menteri Kewangan ketika menjawab soalan YB Bagan mengenai Fitch Ratings menjelaskan sekarang bukan soal masalah fundamental kerana petunjuk pemulihan ekonomi negara sudah jelas,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2020 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

RUU Kewangan 2020 yang merangkumkan pindaan tujuh akta lain diluluskan selepas bacaan kedua dan ketiga melalui undian suara mendapati majoriti Ahli Parlimen bersetuju.

Terdahulu, Wong Chen mendakwa, unjuran pertubuhan ekonomi dan hasil dibuat kerajaan dalam Belanjawan 2021 adalah tidak masuk akal kerana Malaysia masih dilanda masalah pandemik COVID-19 dan jangka dibuat oleh beberapa penganalisis ekonomi.

Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata, Wong Chen mengetahui bahawa kejatuhan nilai hasil negara berikutan krisis COVID-19 dan bukan disebabkan oleh struktur fundamental ekonomi atau penjanaan hasil.

Beliau berkata, fokus utama kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang merangkumi tiga tunggak utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, menjana ekonomi berasaskan perniagaan dan memastikan ekonomi negara terus berkembang ke hadapan.

“Untuk pengetahuan YB Subang, unjuran hasil cukai pendapatan untuk taksiran 2021 tidak melihat kepada apa yang dibangkitkan YB tadi kerana kita melihat berdasarkan pasaran semasa 2021.

“Kita mengunjurkan kadar pengambilan pekerja akan meningkat kepada 1.8 peratus, manakala kadar pengangguran akan menurun daripada 4.2 peratus (2020) kepada 3.5 peratus pada tahun depan. Perkara inilah menjadi asas kepada kerajaan untuk menentu unjuran cukai pendapatan individu sebanyak 30 peratus, pada tahun depan,” katanya

Dalam pada itu, Mohd Shahar menegaskan bahawa kerajaan memberi jaminan pembentangan RUU Kewangan 2020 dan pindaan akta berkaitan tidak akan membebankan rakyat.

Malah, Mohd Shahar berkata pindaan berkenaan dibuat dengan mengambil kira impak dan tekanan hidup dihadapi rakyat akibat penularan pandemik COVID-19 seperti pelepasan cukai untuk pembelian vaksin, memberi latihan semula kepada pekerja dan penurunan kadar cukai pendapatan individu.

“Kalau kita nak bermain politik sampai bila pun tidak habis,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.