1 Kluster Tamat, 8 Kluster baharu dikesan – KKM

159

16 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kluster Murni di Wilayah Persekutuan dan Selangor telah ditamatkan menjadikan jumlah kluster yang tamat kini sebanyak 230 kluster.

Manakala, KMM turut mengesan lapan lagi kluster baharu pada hari ini melibatkan negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan Pahang,  menjadi jumlah keseluruhan kluster yang telah dikesan sebanyak 426 kluster sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda negara.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 196 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai sebanyak 143 kes, Kluster Usaha sebanyak 79 kes, dan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium sebanyak 63 kes,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di sidang media perkembangan harian Covid-19 hari ini.

Lapan kluster baharu tempat kerja yang telah dikenal pasti KKM itu ialah Kluster Puncak Galaksi, Kluster Bukit Punai, Kluster Tapak Bina Permai, Kluster Tapak Bina Matahari, Kluster Cahaya Mahsuri, Kluster Seri tasik dan Kluster Inten.

“Kes-kes bagi Kluster Puncak Galaksi ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah gudang. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 541 individu telah disaring, di mana 56 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kluster Bukit Punai pula melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” ujarnya.

Kluster Tapak Bina Permai melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 1,087 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,jelasnya.

“Kluster Tapak Bina Matahari melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Disember 2020 dan sehinggahari ini,  sejumlah 778 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Di kawasan Lembah Pantai, Cheras dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula KMM mengesan satu kluster baharu, Kluster Tapak Bina Laut yang  telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Hari ini, sejumlah 542 individu telah disaring, di mana lapan kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Manakala tiga lagi kluster iaitu Kluster Cahaya Mahsuri melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian di negeri Johor, Kluster Seri Tasik pula melibatkan daerah Perak Tengah dan Kinta di negeri Perak dan Kluster Inten melibatkan daerah Kuantan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.