Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia

217

15 DIS: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, jam 4 petang tadi.

Isterinya, Rohayah Ahmad Bahiran berkata, jenazah Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan malam ini.

Allahyarham merupakan seorang tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.

Selain itu, beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Beliau pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Beliau yang dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Allahyarham juga merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.