Pelaburan Asing Malaysia Menurun RM4.7 Bilion Tahun Lepas

451

15 DIS: Pelaburan asing di Malaysia menunjukkan penurunan pada tahun lepas apabila sebanyak 998 projek sektor pembuatan yang diluluskan hanya menyumbang jumlah pelaburan bernilai RM82.7 billion berbanding tahun 2018 yang mencatatkan keuntungan lebih tinggi iaitu RM 87.4 billion daripada 721 projek yang diterima.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata daripada jumlah itu, pelaburan asing menyumbang RM53.9 billion dan bakinya RM28.8 billion merupakan pelaburan domestik pada tahun 2019, manakala pada pada 2018, RM58 billion yang dicatatkan merupakan pelaburan asing dan RM29.4 billion pula adalah jumlah pelaburan domestik.

Justeru menurut beliau, pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi meningkatkan pelaburan asing di Malaysia dengan memudah carakan para pelaburan melalui pengenalan insiatif seperti Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) dan juga memperkenalkan platform e manifaturing license bagi memberi lesen pengilangan kepada industi yang tidak sensitif hanya dalam masa tempoh dua hari sahaja.

“Dan juga kita perkenalkan platform digital e-insentif bagi aktiviti pembuatan am dan syarikat berskala kecil. Selain itu, kita menubuhkan pusat sehenti untuk bisnes travelers bagi mempercepatkan kelulusan membenarkan kemasukan pelabur-pelabur asing atau berkaitan perdangangan ke Malaysia. Kita juga memperkenalkan pakej pengecualian istimewa elaun cukai pelaburan dan reeinvesment allowance untuk syarikat sedia ada.

“Kita juga sentiasa meningkatkan keyakinan dengan membina ekosistem dan rantaian bekalan tempatan yang mampan dan berdaya tahan yang merangkumi industri huluan dan hiliran yang diperlukan oleh pelabur asing untuk menghasilkan produk berkualiti.

“Kerajaan akan memastikan sumber tenaga kerja mahir berkualiti, mencukupi dan memeuhi keperluan pasaran dengan kerjasama pelbagai kementerian.

“Kita juga melaksanakan banyak aktiviti penggalakan pelaburan yang melibatkan dewan perniagaan tempatan dan antarabangsa dan juga kita telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan dewan perniagaan antarabangsa institusi kewangan untuk memaklumkan kepada mereka insentif dan usaha kerajaan dalam menarik pelabur asing ke Malaysia,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ban Hong menjawab soalan Ahli Parlimen BN Rompin, Datuk Sri Hasan Arifin tentang langkah yang dibuat untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia serta jumlah pelaburan yang diterima dalam sektor pembuatan (manufacturing) pada tahun 2018 dan 2019.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Hasan berkenaan tentang jika kerajaan berhasrat untuk memberi insentif khas kepada pelabur yang ingin melakukan pelaburan di kawasan tidak maju di negara ini, Ban Hong menjawab kerajaan telah melaksanakan perkara itu dan dua insentif telah disediakan oleh pihak Kementerian.

Tambah beliau, insentif pertama sememangnya memfokuskan kepada kawasan kurang membangun yang akan memberi peluang kepada pihak pelabur untuk menerima insentif tersebut jika mereka melaksankan perniagaan mereka di kawasan yang tidak membangun.

“Yang Kedua, Belanjawan 2021 di mana RM780 juta diperuntukkan bagi pembangunan di lima wilayah ekonomi yang merangkumi utara, selatan, pantai timur, Sabah dan Sarawak dan pembangunan wilayah ekonomi khas ini bertujuan membawa pembangunan yang lebih besar kepada kawasan-kawasan yang mungkin kita katakan kurang maju dari segi pengilangan dan perinudstrian.

“Selain itu, Belanjawan 2021 juga memperuntukkan RM15 billion untuk projek infrastruktur pengangkutan di mana jika kita mahu majukan kawasan kurang mahu dari segi perindustrian dan pengilangan, sistem pengangkutan adalah sangat penting.

“Jadi RM15 billion diperuntukkan bagi menambah baik perhubungan di kawasan tersebut agar pembangunan khsususnya pengilangan dan perindustiran dapat dijalankan dengan baik,”katanya  – AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.