Nasib ‘hidup atau mati’ MAB ditentukan 31 Dis

407

15 DIS: Malaysia Aviation Group Bhd (MAGB) akan memuktamadkan rundingan dengan pihak pemiutang dan pemajak bagi menstruktur semula syarikat penerbangan nasional berkenaan, pada 31 Disember ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata rundingan berkenaan perlu bagi menstrukturkan semula semua hutang lapuk pajakan pesawat berkenaan penting bagi memastikan dibuat oleh MAGB dan Malaysia Airlines Bhd (MAB) mampu menjana pertumbuhan ekonomi selepas sektor penerbangan kembali pulih.

Abdul Rahim berkata, kesan COVID-19 terhadap industri penerbangan global amat buruk dan MAB tidak terkecuali daripada menerima impak negatif daripada penularan pendemik berkenaan.

“MAB kini beroperasi dengan hanya kira-kira 75 peratus daripada pesawatnya tidak diterbangkan akibat sekatan perjalanan. Ini menyebabkan kapasiti penumpang dan pendapatannya terjejas teruk.

“Keputusan menutup atau menghentikan operasi MAGB belum dilakukan dan bergantung hasil rundingan MAGB dengan pihak pemiutang dan pemajak bagi menstruktur semula syarikat,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah kemampuan syarikat penerbangan di Malaysia terutamanya MAB mampu bertahan dalam krisis ekonomi kesan daripada pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, sebelum pandemik Covid-19 melanda kedudukan kewangan MAB sudah merosot dengan prestasi kewangan MAGB antara 2015 hingga 2018 adalah RM1.1 bilion (2015), RM0.7 bilion (2016), RM1.2 bilion (2017) dan RM1.3 bilion (2018).

Malah, beliau menambah, sehingga 31 Ogos 2020 jumlah kecairan dimiliki MAGB adalah RM366 juta, selain RM578 tersedia untuk digunakan daripada dana diperuntukan oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah).

Beliau berkata, Khazanah juga sudah menyuntik RM28 bilion ke dalam syarikat berkenaan setakat ini, manakala jumlah liabiliti syarikat MAGB yang akan disusun semula pada masa ini dianggarkan RM16 bilion.

“Bagi mengatasi masalah kewangan dihadapi oleh MAGB dan MAB, akan mengadakan rundingan lanjut dengan Khazanah bagi mengenal pasti hala tuju dan memperkukuhkan kedudukan kewangan syarikat penebangan nasional berkenaan.

“Tindakan itu juga bagi mengenal pasti penyelesaian strategik dan terbaik bagi kumpulan penerbangan tersebut,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini MAB masih lagi berada dalam pakatan One World Alliance rangkaian penerbangan global untuk menjana pertumbuhan ekonomi jangka panjang. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.