Kes bekas presiden UMANY, KPT tak masuk campur

383

15 DIS: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan mencampuri urusan siasatan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara berhubung kes bekas presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), yang didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 13 November lalu atas pertuduhan mengingkari arahan polis ketika serbuan di sebuah rumah.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya yakin perkara tersebut dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa dengan sebaiknya berlandaskan undang-undang dan peruntukan akta sedia ada.

“Untuk makluman, perkara ini masih dalam siasatan polis maka kementerian dan pengurusan Universiti Malaya (UM) tidak berhasrat memcampuri urusan begini namun perkara yang menjadi asas dan tadbir urus universiti adalah aspek keperluan kebajikan dan keperluan pelajar tanpa mengira latar belakang pelajar dan kita akan bantu mana yang patut.

“Insya-Allah, kita akan buat pertemuan dan perbincangan bersama UM dan KDN tetapi seperti saya maklumkan perkara ini di bawah siasatan PDRM. Jadinya, kita tak boleh nak mencampuri urusan (tarik balik pertuduhan) sampai isu ini selesai,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

Terdahulu, Ahli Parlimen PH Jelutong, RSN Rayer dalam perbahasan dan pencelahan menyatakan tentang langkah yang diambil kerajaan dalam membantu pelajar ini dan adakah akan melaksanakan perjumpaan bersama KDN dan Jabatan Peguam Negara agar dakwaan pelajar itu ditarik balik oleh mahkamah.

Dewan Rakyat meluluskan belanjawan peringkat jawatankuasa bagi KPT setelah undian suara mendapati lebih ramai Ahli Parlimen yang bersetuju.

Dalam pada itu, bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PH Tangga Bantu mengenai pengurangan peruntukan biasiswa pada tahun 2021, Noraini menjelaskan ini disebabkan kerajaan akan memberi tumpuan utama penajaan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Menurut beliau, pendekatan ini diambil berdasarkan beberapa faktor oleh KPT yang memikirkan ketika ini adalah sangat rasional untuk dilaksanakan kshususnya ketika situasi negara berdepan pandemik COVID-19 yang membataskan pergerakan keluar masuk ke sesebuah negara.

“Kedua, kos pengajian di dalam negara secara realitifnya adalah lebih rendah berbanding kos di luar negara yang secara tidak langsung membantu menambah bilangan pelajar yang ditaja untuk kos yang sama dan ketiga dapat membantu kelangsungan pengoperasian institusi pengajian tinggi swasta melalui tajaan kepada pelajar-pelaajr yang diberikan biasiswa ini.

“Justeru itu, peruntukan RM162 juta pada tahun 2021, insya-Allah dijangka tidak akan menjejaskan matlamat untuk membangunkan modal insan negara memanfangkan jumlah sasaran penerima pada tahun tersebut diunjurkan sebanyak 33,000 pelajar melebihi dari jumlah penerima pada tahun 2020,” katanya.

Sementara itu, bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PAS Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir yang membangkitkan sasaran kadar kebolehpasaran institusi pendidikan di bawah selian KPT yang menunjukkan trend penurunan, Noraini menjelaskan pihaknya giat melaksanakan beberapa inisatif seperti Program PENJANA KPT-CAP yang berbentuk latihan kemahiran jangka pendek dan sederhana.

Tambah beliau, KPT juga turut merangka bagi memperluaskan pelaksanaan program tersebut dengan melakukan kolaborasi di setiap negeri dan dijangka akan memberi manfaat dan nilai tambah kepada 22,000 pelajar universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di samping menawarkan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

“Kita juga melaksanakan program padanan dan ianya telah kita mulakan dengan graduan dengan kerjasama Perkeso dan graduan-graduan yang berdaftar di portal MyFuture Job. Sehingga 24 November, 192,186 graduan telah berdafar menerusi keosongan jawatan di portal dan 361,22 graduan telah pun dapat penempatan.

“Kita di peringkat kementerian juga menggalakan pelajar terlibat dalam bidang keusahawanan dan pelan keusahawanan IPT 2021-2025 sedang dimuktamadkan dan akan dilancarkan dalam seminggu dua lagi dan sepanjang tahun 2016 sehingga 2019, seramai 49,934 pelajar telah jalankan perniagaan mereka sepanjang pengajian dan dari jumlah itu, 7,148 graduan masih meneruskan kerjaya mereka,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.