Covid-19:1772 kes baharu, WP catat kes tertinggi

149

15 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan hari ini memgumumkan sebanyak 1,772 kes baharu positif Covid19 yang telah dikesan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 86,618 kes.

Manakala kes jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula kini adalah 14,515 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,760 kes.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 696 kes (39.3 peratus) di mana 567 kes (81.5 peratus) adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.

“Manakala kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah negeri Selangor dengan kes sebanyak 503 kes (28.4 peratus) dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes (14.7 peratus),” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes), ujarnya lagi.

“Hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,084 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya sebanyak 71,681 kes iaitu 82.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.  

“Sehingga kini, terdapat 118 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“KKM juga dengan dukacita memaklumkan terdapat pertambahan tiga  kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 422 kes (0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.