Biden sah menang, mula tugas Presiden AS 20 Jan

91

15 DIS: Kolej Elektoral mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya baru-baru ini sekali gus mengesahkan beliau ialah Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Memetik laporan AFP, Biden akan memasuki Rumah Putih dan memulakan tugas sebagai pemimpin tertinggi AS pada 20 Januari ini.

Dengan pengesahan itu, usaha Donald Trump untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Presiden AS pada 3 November lalu berakhir.

Biden berkatan, keputusan itu membuktikan demokrasi dan integriti pilihan raya di AS kekal utuh.

“Kini adalah masa untuk membuka lembaran baharu, bersatu dan pulih.

“Saya akan menjadi Presiden kepada seluruh rakyat AS,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.