5 lagi Adun angkat sumpah jawatan EXCO petang ini

2,615

15 DIS: Lima lagi Adun akan mengangkat sumpah jawatan EXCO kerajaan negeri Perak di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, 5 petang ini.

Jurucakap istana, Ahli Dewan Negara Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkata Menteri Besar Saarani Mohamad diarah menghadap sebentar tadi bagi mempersetujui tambahan lima lagi EXCO yang belum dilantik.

“Majlis akan dilangsungkan di Istana Kinta dengan hanya membabitkan kehadiran menteri besar, setiausaha kerajaan negeri, dan hakim,” katanya kepada media di Istana Kinta selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Saarani selesai menghadap pagi ini.

Annuar berkata, tiada sebarang liputan dibenarkan kerana Sultan Perak mahu majlis diadakan seringkas mungkin.

Pada Khamis lalu, 5 Adun telah mengangkat sumpah jawatan EXCO di depan Sultan Nazrin termasuk Setiausaha PPBM Perak, yang juga Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin

Turut mengangkat sumpah empat EXCO pentadbiran lalu, iaitu Datuk Zolkafly Harun (Adun Lintang), Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.