Siasatan nahas dua helikopter November lalu masih berjalan

51

14 DIS: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata siasatan berhubung nahas udara yang melibatkan dua helikopter syarikat swasta di Taman Melawati November lalu masih sedang dijalankan.

Menurut beliau, objektif utama siasatan ini adalah untuk menentukan keadaan dan penyebab kemalangan dengan tujuan untuk melindungi nyawa dan mencegah kemalangan di masa depan.

“Kementerian Pengangkutan (MOT) juga menegaskan bahawa penyiasatan yang dilaksanakan ini tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.

“Sebaliknya siasatan ini dijalankan untuk memastikan keselamatan orang awam dan semua pemain industri penerbangan sentiasa diutamakan setiap masa,” jelasnya menerusi satu kenyataan di facebook rasmi milik beliau.

Insiden nahas udara yang membabitkan dua buah helikopter di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 8 November lalu menyebabkan dua individu meninggal dunia selepas helikopter dinaiki mereka terhempas akibat perlanggaran di udara dengan sebuah helikopter lain.

Sehubungan itu, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan melaksanakan kajian semula terhadap peraturan dan prosedur penerbangan sedia agar insiden nahas udara tidak berulang lagi.

“Ini perlu dilakukan bagi mengenal pasti sebarang kekurangan serta memperbaikinya untuk memastikan keselamatan orang ramai termasuk peminat-peminat penerbangan swasta sentiasa terjamin tanpa menjejaskan pertumbuhan perniagaan dan industri penerbangan.

“CAAM kini sedang berusaha untuk menjadikan latihan tambahan sebagai syarat kepada kelab-kelab dan pengendali swasta. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kecekapan di kalangan peminat penerbangan,” ujarnya dalam kenyatan tersebut.

Insiden nahas udara yang membabitkan dua buah helikopter di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 8 November lalu menyebabkan dua individu meninggal dunia selepas helikopter dinaiki mereka terhempas akibat perlanggaran di udara dengan sebuah helikopter lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.