PBB kutuk insiden serangan sekolah di Katsina

58

12 DIS : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan di sebuah sekolah menengah di Katsina, Nigeria, Jumaat lalu.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres mengecam kejadian serangan tersebut dengan membabitkan ratusan pelajar lelaki yang turut diculik dalam serangan itersebut.

Kata jurucakap Setiausaha Agung PBB itu, Stephane Dujarric, Guterres menggesa mangsa culik dibebaskan dengan segera serta tanpa syarat agar mereka boleh pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa Nigeria agar mengheret pihak bertanggungjawab atas serangan berkenaan ke muka pengadilan, menurut kenyataan itu lagi.

Dalam serangan bersenjata api Jumaat lalu, seramai 333 pelajar telah diculik dan setakat semalam, masih belum ada berita tentang pelajar-pelajar tersebut.

Gabenor negeri itu , Aminu Masari berkata, Sekolah Menengah Sains Kerajaan yang terletak di kawasan Kankara, mempunyai 839 pelajar dan mangsa culik terbabit berasal dari serata negeri itu.

Sekolah berasrama terbabit menempatkan pelajar dari dalam dan luar negeri berkenaan.