KKM pertimbangkan tempoh 10 hari jalani perintah kuarantin

187

14 DIS  – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian selama 10 hari  untuk mereka yang sedang menjalani kuarantin pada masa ini. 

Menurutnya, KKM akan menjalankan ujian saringan ke atas mereka pada hari kelapan dan kesembilan kuaratin.

“Mereka yang sedang menjalani kuarantin juga akan dipertimbangkan untuk  dikuarantin selama 10 hari sahaja. Kita juga akan menjalankan ujian saringan pada hari kelapan dan kesembilan. Jika negatif, barulah mereka akan  dilepaskan  pada hari ke-10,” jelasnya di sidang media perkembangan COVID-19 hari ini. 

Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya sama ada pengurangan tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta tempoh pengurusan kontak rapat di Malaysia daripada 14 hari kepada 10 hari yang berkuat kuasa hari ini, turut terpakai bagi mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin. 

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan atau r-naught bagi tempoh 12 Sept sehingga 15 Dis berjaya diturunkan kepada nilai 1.1, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.