JK strategik mantap kualiti program 2u2i

44

14 DIS: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan Jawatankuasa Strategik Mod Industri yang akan bertanggungjawab bagi memantapkan lagi kualiti Program Dua Tahun Universiti dan Dua Tahun Industri (2u2i) yang akan dapat mempersiapkan mahasiswa menempuh alam pekerjaan setelah tamat pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata selain sebagai usaha bagi menambah baik pelaksanaan program, jawatankuasa itu mampu menjadi platform dan rujukan utama dalam memperkasakan pembelajaran berasaskan pekerjaan.

Menurut beliau, pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan KPT dan setakat ini sebanyak 83 profram akademik mod 2u2i telah diluluskan di peringkat Jabatan Pendidikan Tinggi untuk ditawarkan di universiti-universiti awam di seluruh negara.

NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

“Antara strategi dalam memantapkan lagi program 2u2i yang pertama menyerap cloud computing dan science data ke dalam kokurikulum akademik bagi menyokong trasisi IR 4.0 Kedua adalah menjadikan program berasaskan kemahiran dan TVET sebagai satu program yang ditawarkan.

“Ketiga pula memberikan tumpuan untuk menawarkan program 2u2i dengan lebih agresif kepada semua institusi pendidikan tinggi serta pihak industri yang penting bagi mendapatkan pihak industri supaya program ini dapat dilaksanakan dengan luas. Keempat pula melaksanakan sesi libat urus bersama wakil-wakil industri dari pelbagai sektor bagi mendaptkan makumat berubung keberkesanan program 2u2i.

“Input menerusi itu akan dapat digunakan bagi menambah baik kokurikulum berdasarkan pekerjaan yang dibangunkan supaya memenuhi keperluan industri. Kelima, mengadakan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh IPT yang telah melaksanakan program 2u2i dengan IPT lain di samping menyebar luaskan hebahan untuk menggalakan lagi penglibatan mahasiswa ke dalam program ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Noraini menjawab soalan Ahli Parlimen BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh tentang langkah pihak Kementerian dalam memantapkan lagi pelaksanaan Program Dua Tahun Universiti dan Dua Tahun Industri (2u2i) bagi mempersiapkan graduan ke pasaran pekerjaan.

Dalam perkembangan berkaitan, menjawab soalan tambahan Idris menyatakan langkah dilaksanakan kementerian bagi mengatasi isu graduan menghadapi cabaran pasaran semasa, Noraini memberitahu terdapat dua aspek utama yang dilaksanakan menerusi program itu yang mampu menjadi platform bagi mengasah kemahiran praktikal serta insaniah pelajar semasa tempoh pengajian.

Menurut beliau, aspek yang pertama akan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai alam sebenar pekerjaan kerana para pelajar akan dilatih oleh pakar industri dalam bidang pekerjaan yang mereka fokuskan.

“Kedua, kita di KPT mahukan pelajar ini diterapkan nilai-nilai usahawan di mana para pelajar secara kumpulan diberi tugasan khusus dalam merancang, menyelia, menjalankan projek usahawan dengan pemantauan penyelia.

“Diharap tugasan secara praktikal ini dapat memupuk kemahiran usahawan di kalangan pelajar yang akan melahirkan pelajar yang kreatif, berani menghadapi tekanan, bijak mengurus dan mampu mencipta peluang pekerjaan lain dengan menjadi pencari pekerja kepada lebih ramai graduan apabila bergelar graduan nanti,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.