Dasar RISDA perlu dikaji supaya terus kompetitif

55

14 DIS :Dasar Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) perlu dikaji bagi membolehkan peranannya diperluaskan sejajar perubahan ekonomi dan teknologi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, kajian dasar ini membolehkan peranan RISDA yang ditubuhkan pada 1972 terus kompetitif

“Ini termasuk peranan dan fungsinya membangunkan pekebun kecil dan masyarakat luar Bandar,” katanya di Mersing, Ahad.

Menurut beliau, jumlah pekebun yang menanam getah semakin mengecil menyaksikan cadangan baharu diperlukan bagi RISDA terus menyumbang kepakaran dalam pengurusan termasuk industri sampingan kepada masyarakat luar bandar.

Dr Abdul Latiff Ahmad

Katanya, Lembaga RISDA perlu bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melihat cadangan ini seterusnya dibawa ke peringkat kementerian, Kabinet dan jika ada perubahan akta perlu dirujuk ke Parlimen.

Menurut Ahli Parlimen Mersing itu, RISDA tidak boleh berterusan seperti ini, memandangkan penstrukturan semula dasar yang dikemaskini akan memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk yang berada di luar Bandar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.