Covid19 : 1371 kes baharu, Selangor kekal negeri tertinggi

122

14 DIS : Malaysia hari ini mencatatkan 1,371 kes harian baharu menjadikan kes kumulatif positif Covid19 negara kini sebanyak 84,846 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini adalah sebanyak 13,830 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 1 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,370 kes.

“Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes (38.8 peratus daripada keseluruhan kes).

“Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 283 kes (20.6 peratus daripada keseluruhan kes) dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes (19 peratus daripada keseluruhan kes),”jelasnya dalam kenyataan media di sini berhubung perkembangan harian Covid19 di negara ini.

Sehingga kini menurut beliau, terdapat 114 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kes sembuh pula ialah sebanyak 1,204 kes menjadi jumlah kumulatif kes yang sembuh 70,597 kes.

“Dukacita juga dimaklumkan terdapat pertambahan 4 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 419 kes, ” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.