AS keluarkan Sudan daripada senarai negara penaja keganasan

119

14 DIS – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Khartoum mengesahkan negara Sudan  dikeluarkan daripada senarai penaja keganasan oleh negara tersebut.

Lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan kedutaan AS itu, tempoh pemberitahuan kongres selama 45 hari telah tamat dan Setiausaha Negara telah menandatangani pemberitahuan tersebut.

“Kini Sudan secara rasmi telah dikeluarkan daripada senarai Negara Penaja Keganasan berkuat kuasa hari ini (14 Dis), yang akan dimasukkan dalam Daftar Persekutuan,” jelas kedutaan AS.

Presiden Donald Trump pada 23 Oktober lalu memberitahu Kongres untuk mengeluarkan Khartoum daripada senarai negara penaja keganasan AS.

Rejim Sudan di bawah pemerintahan Omar al-Bashir dituduh Washington bertanggungjawab diatas serangan terhadap kepentingan AS, termasuk ke atas kapal pemusnah USS Cole pada 2000 dan pengeboman kedutaan AS di Kenya dan Tanzania pada 1998.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.