Wanita asal Malaysia jadi Datuk Bandar termuda California

279

13 DIS: Seorang wanita muda yang bapanya berasal dari Malaysia, Jocelyn Yow, menempa nama sebagai wanita bukan kulit putih termuda dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale di California, Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang berusia 25 tahun dipilih menyandang jawatan itu setelah berkhidmat sebagai Datuk Bandar sementara sejak tahun lalu.

Sebelum itu, Jocelyn berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018.

“Saya berbangga dan bersyukur dengan peluang untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar Eastvale.

“Tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada bayi berusia enam bulan turut membakar semangat saya untuk berkhidmat pada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibu Jocelyn berasal dari Vietnam dan bapanya datang ke AS untuk melanjutkan pelajaran pada 1980-an.

Mereka sekeluarga berpindah ke Malaysia pada 1996 apabila datuk Jocelyn menghidap kanser.

Jocelyn mempelajari budaya dan warisan Malaysia sepanjang lebih 10 tahun di negara ini.

Beliau juga berbangga dengan statusnya sebagai seorang rakyat AS berketurunan Cina yang mempunyai susur galur dari Malaysia dan Vietnam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.