Covid19 : 9 kes kematian direkodkan hari ini

150

12 DIS :Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat 9 kematian akibat jangkitan Covid19 hari ini menjadikan kumulatif kes kematian akibat jangkitan Covid19 sebanyak 411 kes.

Menurut Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan perkembangan harian kes Covid19, sembilan kes kematian itu melibatkan 3 kes di Johor, 4 kes di Sabah, 1 kes di Pulau Pinang dan 1 kes Selangor.

Manakala setakat hari ini, sebanyak 1937 kes baharu yang telah dikesan menjadikan jumlah kes positif Covid19 di Malaysia meningkat sebanyak 82,246 kes, ujarnya.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,751 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,935 kes,” jelasnya.

Negeri Selangor masih mencatat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 823 kes (42.5 peratus), di mana 714 kes (86.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 429 kes (22.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 238 kes (12.3 peratus).

“Sebanyak 725 kes (37.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes), Kluster Tembok (43 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes),”kata beliau.

Sehingga kini, terdapat 121 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.