Angka jangkitan Covid19 cecah 70 juta seluruh dunia

65

12 DIS : Jumlah jangkitan kes positif COVID-19 kini mencecah 70 juta di seluruh dunia.

Dalam tempoh 24 jam lepas, ratusan ribu pertambahan kes baharu telah direkodkan.
Angka kematian akibat pandemik ini pula sudah mencecah hampir 1.6 juta kes.

Data terbaharu daripada Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 15.7 juta kes poaitf Covid19.

India pula jatuh tempat kedua dengan lebih 9.8 juta kes direkodkan, manakala Brazil pula merekodkan lebih 6.7 juta kes secara keseluruhan.

Manakala negara Rusia dan Perancis manakala United Kingdom, Itali, Sepanyol, Argentina, Colombia, Jerman, Mexico, Poland mencatat lebih dua juta kes dan Iran catat lebih sejuta kes.

Peru, Turki, Ukraine, Afrika Selatan, Belgium, Indonesia, Belanda, Iraq, Chile dan Romania merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Amerika Syarikat juga kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 293,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis dan Iran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.